Wednesday 20 April 2011

Anak, Isteri dan Mummy

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

34 tahun - 20 Mei 1977, aku menjadi anak kepada MAK dan APAK aku.  Macam-macam perkara dah aku lakukan sampai kengkadang mak apak aku gelak besar ngan aku, pernah jugak aku tengok mak aku nangis kerana aku.  Apa yang paling aku ingat adalah saat aku menjadi raja sehari lebih kurang 9 tahun lalu, aku tak boleh bayangkan perasaan aku melihat kegembiraan mak apak.  Aku adalah anak mak apak yang pertama kawin, maknanya laki aku adalah menantu pertama mak apak.  Aku puas, sekurang-kurangnya aku dapat tunaikan hajat mak apak.

9 tahun + 7 bulan - Pertemuan pertama aku dan suami 11 Okt 2001, kire blind date sebab sebelum ni hanya berbual di alam maya.  Sebulan selepas itu kami declare sebagai couple, yang malunya aku yang mula kata "Saya suka awak" padanya.  Bila nampak balasan "Sebenarnya, saya juga suka awak tapi awak cakap awak tak nak couple ngan chatters.  So, saya tak berani nak cakap."  Dan, akhirnya 19 Mei 2002 aku dan boipren ku, Fairul Faizal.  Terima kasih sayang, sebab sudi terima ayang awak yang tak reti masak, malas mengemas dan suka tido ni jadi suri hidup awak.  I love you so much.

4 tahun - 14 Mac 2007 jam 6.46 petang hari Rabu bertempat di OT, ColumbiaAsia Seremban, lahirlah Aniq Syazwan.  Anak kesayangan mummy dan daddy, cucu atok dan uwan dan anak buah manah, malom dan paksu.  Mummy janji akan cuba jadi mummy terbaik.  Mummy doakan ANIQ jadi insan yang terbaik, lebih baik dari mummy dan daddy.  I will always love you ...

1 comment:

  1. fuyooohhhh...suke den bco cito k.yuLi nih ...rajin2 ar update ek ....

    ReplyDelete