Sunday 24 April 2011

Projek Kebun Kecil *** teringat arwah uwan lak sobot macam ni

Harvest pertama : 13 bijik
Harvest ke dua: 22 bijik
Harvest ke 3: 16 bijik
Harvest ke 4: 33 bijik, den sodokah kek akak den buek gulai

Lihatlah dunia, 4 kali aku harvest cili padi yang aku tanam kat tanah sebolah umah den yang sekangkang kera tu.  Kato omak den, "pandai atih tanam cili, podeh".  Makacih omak.  Buat laki den yang selalu tolong borsihkan kobon kocik den ni, segala titik peluh anda akan den baleh ngan masak lomak cili api malam kang huhuhu ...  

p/s Jangan ingat den hanya pandai harvest kek farmville jek ...

Thursday 21 April 2011

Aniq sayangggggg NURUL ... Charming ...


Aku ingat lagik mase aku peknenkan aniq ni, aku dan hubby pon dok pilihlah nama yang paling sesuai untuk anak aku yang bakal lahir.  Setelah habis berdebat ngan hubby, akhirnya nama ANIQ dipilih yang membawa maksud YANG KACAK LAGI MENAWAN HATI.  Ingatkan nak letak nama aniq jek, tetiba hubby lak nak letak second name.  Hubby pon letak SYAZWAN yang maksudnya SEWANGI LIMAU KASTURI.  Bila aniq dah besar, aku lihat kesesuaian nama itu pada aniq.  anak aku ni memang charming, kalau nak marah boleh cancel la....

Semalam aku jempot aniq dari rumah babysitter, adalah sorang budak pompuan nama NURUL.  Kire memang aniq suka sangat ngan budak tu.  Sebelum balik siap salam, cium tangan, cium pp, peluk ngan NURUL.  Akhirnya, dah masuk kete babai lagik kat NURUL, flying kiss.  Dalam kete tak habis2 cakap ANIQ SAYANGGGGGGGGGG NURUL ....... 

Aniq, mummy tau aniq nak baby yang pakai sock dan mitten.  Kalau mummy bole beli kat Tesco ke JJ ke Carrefour ke dah lama mummy beli.   Sabarlah sayang ....

Wednesday 20 April 2011

Aniq dah pandai baca nombor ....

19 April 2011 - aniq telah mengejutkan aku dan hubby dengan membaca harga barang dalam brosur Family Store yang sampai ke rumah.  Siap boleh tekan calculator sambil baca harga barang.  Sebenarnya aniq ni masih belum aku hantar ke sekolah walaupun dah ampat tahun umurnya.

Anak, Isteri dan Mummy

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

34 tahun - 20 Mei 1977, aku menjadi anak kepada MAK dan APAK aku.  Macam-macam perkara dah aku lakukan sampai kengkadang mak apak aku gelak besar ngan aku, pernah jugak aku tengok mak aku nangis kerana aku.  Apa yang paling aku ingat adalah saat aku menjadi raja sehari lebih kurang 9 tahun lalu, aku tak boleh bayangkan perasaan aku melihat kegembiraan mak apak.  Aku adalah anak mak apak yang pertama kawin, maknanya laki aku adalah menantu pertama mak apak.  Aku puas, sekurang-kurangnya aku dapat tunaikan hajat mak apak.

9 tahun + 7 bulan - Pertemuan pertama aku dan suami 11 Okt 2001, kire blind date sebab sebelum ni hanya berbual di alam maya.  Sebulan selepas itu kami declare sebagai couple, yang malunya aku yang mula kata "Saya suka awak" padanya.  Bila nampak balasan "Sebenarnya, saya juga suka awak tapi awak cakap awak tak nak couple ngan chatters.  So, saya tak berani nak cakap."  Dan, akhirnya 19 Mei 2002 aku dan boipren ku, Fairul Faizal.  Terima kasih sayang, sebab sudi terima ayang awak yang tak reti masak, malas mengemas dan suka tido ni jadi suri hidup awak.  I love you so much.

4 tahun - 14 Mac 2007 jam 6.46 petang hari Rabu bertempat di OT, ColumbiaAsia Seremban, lahirlah Aniq Syazwan.  Anak kesayangan mummy dan daddy, cucu atok dan uwan dan anak buah manah, malom dan paksu.  Mummy janji akan cuba jadi mummy terbaik.  Mummy doakan ANIQ jadi insan yang terbaik, lebih baik dari mummy dan daddy.  I will always love you ...