Wednesday 9 November 2011

Aniq, cuba eja nama aniq ...

Adalah suatu hari dalam minggu lopeh, den nak test la kebijaksanaan anak den.  Kebetulan dalam keto, ado la maso berdua-dua ngan dio.


"Aniq, aniq tau tak nak eja nama aniq ..." Senyap, pehtu aniq dok berceloteh cite tom and jerry.  Actually dia kene grounded, tak buleh tgk channel 616.
"Aniq, ingat tak atok ajar aniq eja ayam" aku ni dok eja A YAM ayam.
"OK, ingat tak wande ajar eja nama aniq.  Cuba eja nama aniq"  Aniq pandang aku.
"A YAM .... ANIQ"


Nak marah pon tak jadi.

Trip ke Kelantan 30 Sept - 2 Okt 2011





Dalam kesibukan aku memasukkan SKT ke HRMIS, tetiba lak ado mood untuk menjenguk balik blogspot aku ni.  Terima kasih buat www.airasia.com sebab sudi bagi aku tiket murah RM15 untuk perjalanan pegi balik dari LCCT ke Kelantan.  Dah lama aku book tiket ni dan almost nak burn jek sbb budget dah kureng.  Tetapi demi nak melihat sendiri Pasar Siti Khadijah, aku 3 branak gagahkan jugak pergi.  Berbekalkan duit poket sebyk RM700.  Walaupon flight balik delay almost 1.5 hour, tapi berbaloi-baloi.  Dapat 2 toto narita saiz king berharga RM45 selai, tuang muruku (dikirim oleh abang Dzul), kopok leko yang sangat sodap, kopok ikan yang sodap dan kenangan yang tak dapat kami lupakan ( jumpa 2 eko jerry yang samo bosa ngan peha oden, fyi: my peha is cute ok).

All xcited Aniq

















Atas permintaan anak, kami memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan menggunakan bas.  Yelah anak zaman sekarang, membesar dalam kereta (ni pinjam kato2 apak den) naik bas ni mcm best sangat la bagi dio.  Memang sangat mencabar pada mula sampai ke Kelantan.  Dahla xbawak kereta, kaki sakit sbb kene jalan kaki nak pi makan dan jalan2 area KB.  Lagi sakit bila aniq lak xdaya lagi nak jalan, kene dukung la budak 30kg tu.  Bila makan kat KB, paling best bila time bayar.  Sampai kene tanya 2-3 kali sbb xcaya dengan regenya yang sememangnya murah.  



Gambar bilik di Hotel Temenggung, Kelantan.  Aniq tengah dok sebok berlari2 dlm bilik.  Tah mcm mana leh dpt gambau mcm ni.  Layan je la.  Well, cadangan aku kalau korang tersesat ke KB korang boleh cuba hotel lain.  Bagi aku hotel ni OK tapi agak lama.    

Dua lelaki dalam hidup oden tongah makan askrim
Posing gaya yang diarahkan oleh jurufoto, aniq






Thursday 16 June 2011

Battling with illness and self recovery ...

11 Jun 2011 - tetiba jek demam panas 39 darjah Celsius.  Macam mimpi jek, tenggelam timbul.  Hubby datang tengok pon boleh tak sedar.  Dalam tido, jaga tu siap aku ada mimpi dalam akaun ada RM14 juta.  Sapo nak bagi den duit banyak tu???

Thursday 2 June 2011

Majlis Perkahwinan Fazillah Akau, PTPO Rembau

 Antara jempotan yang hadir

 Acara potong kek

 Ambil gambar ngan pengantin

14 Mei 2011 aku telah dijempot ke majlis perkahwinan Illa, PTPO Rembau.  Tahniah Illa and her handsome hubby.  Perjalanan ditemani oleh ANIQ, sampai di rumah pengantin yang bebetol2 dihadapannya sungai yang SANGAT jernih.  Aniq geram nak terjun mandi sungai tu.  Makan lauk umbut kelapa kot dan laok kari apo tah.  Tapi yang penting, aniq bertamboh 2 kali.  Sodap la tuh.

"SELAMAT PENGANTIN BARU FAZILAH DAN HUBBY"


Monday 30 May 2011

Penang trip 28-29 Mei 2011

 Ingatkan kat Vietnam je boleh nampak pemandangan ni, believe it or not ni kat LCCT

Mat Laksa Motor, RM2.00 kat pasar malam Taman Ria Sg Petani
 Me, me me and me

 Aniq tak sabar nak naik aeroplane

 Sikit lagi kene pakai extender belt ( nak diet la nih )

 Banyak lagi belt ni, kurus rupanya pinggang yang selalu den polok nih.

Lepas je balik dari Vietnam in 23 Mei, aku terpaksa memaksa diri untuk pergi ke penang sebab dah beli tiket AirAsia tahun lepas RM15 for return ticket per pax.  Mahu tak mahu berbekalkan semangat nak berjalan2 dengan my dearest hubby Anje dan Aniq, tepat jam 1.20 pm aku memulakan perjalanan ke LCCT.  Punyalah aniq xcited.  Katanya nak pegi Viat Anam.  Aku layan jek.

Touch down kat Penang International Airport (PIA) pukul 5.45 petang.  Selesai part sewa kereta (thanks to Sue, penyewa kete.  Kalau nak nombor or email boleh la mintak kat saye.), kami pon jalan2 sat kat penang dan terus ke Sungai Petani.  Yes, my in law punya home stay huhuhuh....

Lepas makan dan borak2 ngan family mertua, hubby mulakan ayat.  "Sayang, nak pegi pasar malam tak".  I lebiu ayang, macam2 awak tau jek hajat hati nak beli tudung kat SP.  930pm pegi la pasar malam Taman Ria, near paya nahu (well weird name but still they have very big and variety things in Pasar Malam).  Berjaya, beli tudung RM10.  Hubby beli lak DVD *** cite Kongsi dan Naruto.  Sebelum tido layan cite tu lak dulu.  Then ZzzZzzzZzzZZzZ...

Bangun tido kol 8.30am, lepas hubby sebok soh bangun sbb MIL dah siapkan breakfast.  Sib baik dah kawin, kalau tak sure dah kene reject jadi calon menantu.  Bangun dengan sakit kepala dan still mengantok.  Serapan dan rilek2 terus mandi.  About 10.30am, salam2 dan pack our bag dan head to PIA.  Sebelum ke airport, kitaorang jalan2 lagik di Penang, pekena nasi kandar.  Mana leh balik Utara tak pekena nasik kandaq.  Cruising dalam kete jek, sebab really short vacation.

Flight ke LCCT jam 2.55pm delay to 3.30pm, so sampai LCCT kol 4.15 petang, really tired dan can't wait nak jumpa bantal busyuk kesayangan yang penuh peta dunia kat umah.  Sebelum balik umah, hubby lak nak visit kawan dia kat Nilai.

Akhirnya, sampai rumah lebih kurang pukul 6.30 petang.  Ngeh ngeh ngeh ... bantal panggil.  Tapi aniq dah start tido dalam kete lagik... jeles jeles jeles
 

Wednesday 25 May 2011

Hepi birthday to me

 Ladies Only 

 My two heroes

20 Mei 2011, genap la umo den 34 tahun.  Secara kebetulan, 20 Mei 2011 ni jatuh pada hari Jumaat dan aku pon memang lahir hari Jumaat.  Pagi tu aku pegi keje dihantar oleh my dear hubby, lengkap lepas pakai baju hubby cium dahi wish Happy Birthday, Sayang.  Aku tanya hubby, mane bunga??  Hubby jawap, nanti la saya cari.  Hehehe ...

Lunch pukul 12 tgh, kawan opis makan kek.  Then aku dan hubby serta ANIQ pon keluar untuk lunch date bertiga.  Kenny Rogers, restoran yang dah lama hubby ajak pi.  OTW, pi Kenny Rogers aniq lak sebok cakap "mummy, tadi aniq dan daddy cari bunga mummy tapi tak jumpa" adoi rasa nyesal lak mintak bunga pagi tadi.

Resolution as 34 yO mummy: nak jadi isteri dan mummy terbaik DAN nak jadi sihat dan banyak duit dan kaya raya...

Sunday 24 April 2011

Projek Kebun Kecil *** teringat arwah uwan lak sobot macam ni

Harvest pertama : 13 bijik
Harvest ke dua: 22 bijik
Harvest ke 3: 16 bijik
Harvest ke 4: 33 bijik, den sodokah kek akak den buek gulai

Lihatlah dunia, 4 kali aku harvest cili padi yang aku tanam kat tanah sebolah umah den yang sekangkang kera tu.  Kato omak den, "pandai atih tanam cili, podeh".  Makacih omak.  Buat laki den yang selalu tolong borsihkan kobon kocik den ni, segala titik peluh anda akan den baleh ngan masak lomak cili api malam kang huhuhu ...  

p/s Jangan ingat den hanya pandai harvest kek farmville jek ...

Thursday 21 April 2011

Aniq sayangggggg NURUL ... Charming ...


Aku ingat lagik mase aku peknenkan aniq ni, aku dan hubby pon dok pilihlah nama yang paling sesuai untuk anak aku yang bakal lahir.  Setelah habis berdebat ngan hubby, akhirnya nama ANIQ dipilih yang membawa maksud YANG KACAK LAGI MENAWAN HATI.  Ingatkan nak letak nama aniq jek, tetiba hubby lak nak letak second name.  Hubby pon letak SYAZWAN yang maksudnya SEWANGI LIMAU KASTURI.  Bila aniq dah besar, aku lihat kesesuaian nama itu pada aniq.  anak aku ni memang charming, kalau nak marah boleh cancel la....

Semalam aku jempot aniq dari rumah babysitter, adalah sorang budak pompuan nama NURUL.  Kire memang aniq suka sangat ngan budak tu.  Sebelum balik siap salam, cium tangan, cium pp, peluk ngan NURUL.  Akhirnya, dah masuk kete babai lagik kat NURUL, flying kiss.  Dalam kete tak habis2 cakap ANIQ SAYANGGGGGGGGGG NURUL ....... 

Aniq, mummy tau aniq nak baby yang pakai sock dan mitten.  Kalau mummy bole beli kat Tesco ke JJ ke Carrefour ke dah lama mummy beli.   Sabarlah sayang ....

Wednesday 20 April 2011

Aniq dah pandai baca nombor ....

19 April 2011 - aniq telah mengejutkan aku dan hubby dengan membaca harga barang dalam brosur Family Store yang sampai ke rumah.  Siap boleh tekan calculator sambil baca harga barang.  Sebenarnya aniq ni masih belum aku hantar ke sekolah walaupun dah ampat tahun umurnya.

Anak, Isteri dan Mummy

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

34 tahun - 20 Mei 1977, aku menjadi anak kepada MAK dan APAK aku.  Macam-macam perkara dah aku lakukan sampai kengkadang mak apak aku gelak besar ngan aku, pernah jugak aku tengok mak aku nangis kerana aku.  Apa yang paling aku ingat adalah saat aku menjadi raja sehari lebih kurang 9 tahun lalu, aku tak boleh bayangkan perasaan aku melihat kegembiraan mak apak.  Aku adalah anak mak apak yang pertama kawin, maknanya laki aku adalah menantu pertama mak apak.  Aku puas, sekurang-kurangnya aku dapat tunaikan hajat mak apak.

9 tahun + 7 bulan - Pertemuan pertama aku dan suami 11 Okt 2001, kire blind date sebab sebelum ni hanya berbual di alam maya.  Sebulan selepas itu kami declare sebagai couple, yang malunya aku yang mula kata "Saya suka awak" padanya.  Bila nampak balasan "Sebenarnya, saya juga suka awak tapi awak cakap awak tak nak couple ngan chatters.  So, saya tak berani nak cakap."  Dan, akhirnya 19 Mei 2002 aku dan boipren ku, Fairul Faizal.  Terima kasih sayang, sebab sudi terima ayang awak yang tak reti masak, malas mengemas dan suka tido ni jadi suri hidup awak.  I love you so much.

4 tahun - 14 Mac 2007 jam 6.46 petang hari Rabu bertempat di OT, ColumbiaAsia Seremban, lahirlah Aniq Syazwan.  Anak kesayangan mummy dan daddy, cucu atok dan uwan dan anak buah manah, malom dan paksu.  Mummy janji akan cuba jadi mummy terbaik.  Mummy doakan ANIQ jadi insan yang terbaik, lebih baik dari mummy dan daddy.  I will always love you ...